PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG KOSIUM DAN PENJAJA.Seluruh barisan ALK KOSIUM dan AJK PPGBN9 merakam ucapan tahniah atas pelantikan YAB Dato' Seri Diraja Dr. Anwar bin Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10



KRONOLOGI

1. KRONOLOGI PPGBN9

PERSATUAN PENJAJA-PENJAJA DAN PENIAGA-PENIAGA KECIL MELAYU GENERASI BAHARU NEGERI SEMBILAN (PPGBN9) lahir setelah Persatuan Penjaja-penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Negeri Sembilan (PPPKMNS) gagal diselamatkan. Persatuan lama (PPPKMNS) yang didaftarkan pada 2 nov, 1973 itu terkubur ekoran terjadi konflik dalaman sebaik berakhir sambutan Hari Penjaja dan Peniaga  Kecil Melayu Malaysia peringkat Kebangsaan yang diadakan di Dataran Senawang (18 – 20 Januari, 2014). PPPKMNS dibatalkan secara sah pada 1 Nov, 2016 iaitu kira-kira 2 tahun selepas sambutan Hari Penjaja Malaysia. Impak dari pembatalan PPPKMNS tersebut, acara sambutan hari penjaja Malaysia yang sepatutnya menjadi acara tahunan persatuan PPPKM (Malaysia) turut terkubur. Negeri Sembilan adalah lokasi terakhir acara sambutan hari penjaja ajuran bersama PPPKM dan KPDNKK! Hari penjaja Malaysia cuma dapat disambut 2 kali sahaja iaitu kali pertama di Kuala Lumpur dan kedua di Negeri Sembilan. Kemudian acara tahunan ini diambil alih oleh Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MEDAC).

Retetan dari peristiwa tersebut, ketidakpuasan hati beberapa YDP persatuan penjaja negeri telah menyebabkan PPPKM berpecah dua. Akhirnya wujud sebuah lagi persatuan penjaja yang juga berfungsi untuk menjaga kepentingan peniaga dan penjaja kecil Melayu. Persatuan yang baru tersebut didaftarkan di Sarawak pada 28/10/2015 dan dinamakan Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Melayu Malaysia atau lebih dikenali sebagai GAPEMA. Negeri Sembilan adalah Negeri pertama yang melancarkan Gapema Perhubungan Negeri iaitu pada 17/01/2016 di Hotel Sutera Seremban 2. Ia diketuai oleh Ybhg Dato' Hj Zainol bin Ishak sebagai pengerusi perhubungan Negeri dengan dibantu oleh En. Tajol Ariffin bin Hasan sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri. Gapema Perhubungan Negeri Sembilan distruktur semula pada 14/12/2021. Team kali ini dilihat lebih komited dan bercita tinggi. 

Oleh kerana status Gapema lebih kepada perhubungan negeri dan pendaftaran induknya dibuat di negeri Sarawak, maka atas keperluan untuk mewujudkan sebuah persatuan berstatus Negeri Sembilan bagi mengantikan persatuan lama yang telah terbatal (PPPLMNS); pada 28, Jan 2022 satu Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Penaja telah diadakan untuk menubuhkan sebuah persatuan bagi membantu dan memayungi penjaja dan peniaga kecil Melayu Negeri Sembilan. Perdaftaran telah dibuat melalui sesawang eRoses pada 2 feb, 2022. Pada mulanya nama persatuan yang dicadangkan ialah Persatuan Penjaja-Penjaja Dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Negeri Sembilan (baru). Bagaimanapun status pendaftaran ini dikuari oleh eRoses pada 24 Mac, 2022. Antara kuari yang dinyatakan ialah nama yang dipohon telah banyak digunakan. Syarat ahli juga perlu jelas dan selaras dengan nama. 

Meskipun pindaan telah dibuat termasuk meminda perlembagaan, eRoses tetap mengarahkan nama persatuan ditukar. Akhirnya setelah pertemuan dengan YB Dato Dr. Mohamad Rafie Bin Ab. Malek, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan Dan Modal Insan; pada 13 April, 2022, YB sendiri menasihatkan nama persatuan diubah maka persatuan akur.

Akhirnya nama yang dicadangkan iaitu Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Generasi Baharu Negeri Sembilan telah diluluskan oleh ROS pada 28 Apr 22.


2. KRONOLOGI KOPERASI

KOPERASI USAHAWAN MELAYU NEGERI SEMBILAN (KUMNSB) adalah koperasi yang asalnya di bawah tajaan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Sembilan (PPPKMNS). KUMNSB ditubuhkan lewat 12hb oktober, 2010 sebagai salah satu strategi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Sembilan untuk  menambah pendapatan ahli-ahli Persatuan. Setelah PPPKMNS terbatal pendaftarannya, KUMNSB duduk di bawah persatuan baharu iaitu Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Negeri Sembilan (PPGBN9). Di bawah PPGBN9, koperasi dikenali dengan nama yang lebih komersial iaitu KoSium. KoSium adalah singkatan dari Koperasi Usahawan Melayu Negeri Sembilan. Biarpun akronim koperasi lebih menarik namun moto dan visi koperasi masih sama dan relevan.

Barisan Ahli Lembaga Koperasi (ALK) pada mulanya adalah seramai 13 orang (ALK terkini adalah 9 orang untuk sesi 2022-2023) terdiri dari mereka yang mempunyai pelbagai pengalaman dalam pelbagai bidang seperti peruncitan, pemasaran produk, hospitaliti, kontraktor, pelancongan, pemborongan, agro pertanian/makanan dan pentadbiran. Rata-rata barisan ALK koperasi ini  mempunyai lebih 10 tahun pengalaman dalam pelbagai bidang  perniagaan.

Biarpun usia KoSium ini masih dianggap mentah, namun  bersandarkan pengalaman barisan ALK yang mentadbir koperasi, adalah dijangkakan koperasi akan berjaya menjadi salah sebuah koperasi yang disegani dan berdaya maju. Melalui Pindaan Undang-undang Kecilnya, kini sasaran ahli koperasi bukan sahaja terdiri dari ahli-ahli Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Negeri Sembilan (PPGBN9) tetapi juga terbuka kepada para penjaja dan peniaga kecil Melayu serta usahawan Melayu di Negeri Sembilan. 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan