PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG KOSIUM DAN PENJAJA.Seluruh barisan ALK KOSIUM dan AJK PPGBN9 merakam ucapan tahniah atas pelantikan YAB Dato' Seri Diraja Dr. Anwar bin Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10



Khamis, 12 Januari 2023

KURSUS SENI URUS KEWANGAN

Tentatif Kursus 

09:30 pagi - 09:45 pagi
Ucapan Perasmian
Dato Hj.Zainol B.Ishak
Pengerusi Koperasi Usahawan Melayu Negeri Sembilan (KOSIUM)

09:45 pagi - 10.30 pagi
Urus Kewangan Bisnes
Hasanul Israq Bin Mohd Joaini
Agrobank Centre of Excellence (ACE)

10.30 pagi - 10:45 pagi 
Minum Pagi

10.45 pagi - 12:45 t/hari
5 Point Kewangan Sihat
Hasanul Israq Bin Mohd Joaini
Agrobank Centre of Excellence (ACE)

12.45 t/hari - 2:00 petang 
Rehat / Makan Tengahari
Pengiraan Kos Tetap / Berubah / Margin & Teknik Merekod
Hasanul Israq Bin Mohd Joaini
Agrobank Centre of Excellence (ACE)

2.00 petang - 3:30 petang

3.30 petang - 3:45 petang 
Minum Petang
Slot Produk & Perkhidmatan Agrobank
En. Zulkarnain Bin Hussein
Pengurus Cawangan Agrobank Port Dickson

3.45 petang - 4:15 petang

4.15 petang - 4:30 petang
Penutup Program
Dato Hj.Zainol B.Ishak
Pengerusi Koperasi Usahawan Melayu Negeri Sembilan (KOSIUM)



My Image

My Image


My Image

My Image


My Image

Ahad, 8 Januari 2023

KURSUS SENI URUS KEWANGAN

 


✅ CARA TERBAIK URUS AKAUN BISNES ANDA

✅ CARA PALING MUDAH REKOD TRANSAKSI HARIAN PERNIAGAAN

✅ CARA BANK MENILAI PEMBIAYAAN PELANGGAN

๐—๐—ข๐—  ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—œ..!!! 

KURSUS SENI URUS KEWANGAN

Dijemput semua usahawan berminat untuk mengikuti kursus ini seperti ketetapan berikut :

 ๐Ÿ—“️Tarikh : 

12 JANUARI 2023 (KHAMIS)

 ๐Ÿ•—Masa : 

9.30 PAGI - 4.30 PETANG

 ๐Ÿ“ŒTempat : 

KOPERASI USAHAWAN MELAYU NEGERI SEMBILAN (KOSIUM) 

No. 27-1 Jalan Oasis 2 Pusat Perniagaan Oasis 70200 Seremban

https://maps.app.goo.gl/L2G4eLBv68mNoKjq8


✔️ KURSUS INI ADALAH ๐๐„๐‘๐‚๐”๐Œ๐€...

๐‘ซ๐‘จ๐‘ญ๐‘ป๐‘จ๐‘น ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ฒ๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ

https://forms.office.com/r/gsgQ8kbwE6

https://forms.office.com/r/gsgQ8kbwE6

https://forms.office.com/r/gsgQ8kbwE6

WhatsApp:

Fahmi:

http://www.wasap.my/60132502996

http://www.wasap.my/60108447996

Marsila

http://www.wasap.my/60173253240

Ahad, 1 Januari 2023

SELAMAT TAHUN BARU 2023

Barisan kepimpinan KoSium dan PPGBN9 mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2023 kepada seluruh warga penjaja dan koperasi. Semoga tahun 2023 ini, perniagaan kita akan menjadi lebih sukses, berdaya maju dan berjaya.

Khamis, 22 Disember 2022

Konvensyen Penjaja dan Peniaga Kecil 2022 Peringkat Kebangsaan

PUTRAJAYA: Setiap projek pembangunan perlu menyediakan infrastruktur untuk penjaja dan peniaga kecil berniaga, bukan semata-mata mengutamakan perniagaan besar, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, bandar raya seperti Kuala Lumpur bukan saja seharusnya menyediakan kemudahan bagi syarikat dan industri besar, sebaliknya ia juga perlu menyertakan kemudahan bagi memacu ekonomi penjaja dan peniaga kecil yang turut mewakili golongan berpendapatan rendah.

Beliau berkata, perkara itu harus juga dibantu oleh setiap kementerian dalam Kerajaan Perpaduan untuk menjadikan pentadbirannya benar-benar merakyatkan ekonomi.

Katanya, beliau memilih program bersama penjaja dan peniaga kecil sebagai acara rasmi pertamanya, sebagai memberi gambaran bahawa fokus Kerajaan Perpaduan untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan keutamaan kepada mencatat pembangunan kemajuan.

Bagaimanapun, beliau mahu kemajuan itu mestilah memberi manfaat kepada sebilangan besar rakyat yang berpendapatan rendah.

"Pagi tadi saya di Kementerian Wilayah Persekutuan (yang kini distruktur kepada Jabatan Wilayah Persekutuan), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), antara matlamat utama saya kita harus adakan anjakan dan ini terpakai juga untuk kementerian.

"Apa dia anjakan (itu)? Bahawa keindahan bandar raya Kuala Lumpur misalnya mesti disertakan dengan upaya (usaha) berlebihan (untuk) menyediakan tempat perniagaan bagi penjaja dan peniaga kecil seluruh Kuala Lumpur.

"Kota harus indah dan bersih, bukan saja untuk gedung pencakar langit dan juga untuk bank dan perniagaan besar, (ia) mesti diselitkan dengan menyediakan kemudahan kepada peniaga di mana saja lorong, tempat awam yang memungkinkan mereka berniaga dengan selesa dengan kemudahan asas yang cukup," katanya ketika Merasmikan Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.

Selasa, 13 Disember 2022

SENARAI TIMBALAN MENTERI

(1) YB DATUK SERI HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN
Timbalan Menteri Kewangan


(2) YB TUAN STEVEN SIM CHEE KEONG
Timbalan Menteri Kewangan


(3) YB DATO HAJAH RUBIAH BINTI WANG
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah


(4) YB DATUK SITI AMINAH BINTI ACHING
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi


(5) YB DATUK HAJI HASBI BIN HAJI HABIBOLLAH
Timbalan Menteri Pengangkutan


(6) YB TUAN CHAN FOONG HIN
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan


(7) YB DATO HAJJAH HANIFAH HAJAR TAIB
Timbalan Menteri Ekonomi


(8) YB TUAN HAJI AKMAL NASRULLAH BIN MOHD NASIR
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan


(9) YB TUAN ADLY BIN ZAHARI
Timbalan Menteri Pertahanan


(10) YB DATO' SRI ABDUL RAHMAN BIN HAJI MOHAMAD
Timbalan Menteri Kerja Raya


(11) YB DATUK SERI DR. SHAMSUL ANUAR BIN HAJI NASARAH
Timbalan Menteri Dalam Negeri


(12) YB TUAN LIEW CHIN TONG
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri


(13) YB DATO' HAJI MOHAMMAD YUSOF BIN APDAL
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi


(14) YB DATUK ARTHUR JOSEPH KURUP
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi


(15) YB PUAN AIMAN ATHIRAH BINTI SABU
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat


(16) YB SENATOR PUAN HAJAH FUZIAH BINTI SALLEH
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup


(17) YB TUAN RAMKARPAL SINGH A/L KARPAL SINGH
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi)


(18) YB DATO' SRI HUANG TIONG SII
Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim


(19) YB SENATOR PUAN SARASWATHY A/P KANDASAMI
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi


(20) YB DATUK MOHAMAD BIN ALAMIN
Timbalan Menteri Luar Negeri


(21) YB TUAN KHAIRUL FIRDAUS BIN AKBAR KHAN
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya


(22) YB PUAN TEO NIE CHING
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital


(23) YB PUAN LIM HUI YING
Timbalan Menteri Pendidikan


(24) YB TUAN ADAM ADLI BIN ABD HALIM
Timbalan Menteri Belia dan Sukan


(25) YB TUAN MUSTAPHA @ MOHD YUNUS BIN SAKMUD
Timbalan Menteri Sumber Manusia


(26) YB TUAN LUKANISMAN BIN AWANG SAUNI
Timbalan Menteri Kesihatan


(27) YB DATUK UGAK ANAK KUMBONG
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas)

Sabtu, 3 Disember 2022

SENARAI PENUH MENTERI KABINET PERPADUAN PM KE-10 (Datuk Seri Anwar Ibrahim)

SENARAI PENUH 28 MENTERI KABINET PERPADUAN PM KE-10

1. Perdana Menteri & Menteri Kewangan - Datuk Seri Anwar Ibrahim
2. TPM & Menteri Kemajuan Desa & Wilayah - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
3. TPM & Menteri Perladangan & Komoditi - Datuk Seri Fadillah Yusof
4. Menteri Pengangkutan - Anthony Loke Siew Fook
5. Menteri Pertanian & Keterjaminan Makanan - Mohamad Sabu
6. Menteri Hal Ehwal Ekonomi - Mohd Rafizi Ramli
7. Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan - Nga Kor Ming
8. Menteri Pertahanan - Datuk Seri Mohamad Hasan
9. Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Alexander Nanta Linggi
10. Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution
11. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
12. Menteri Pengajian Tinggi - Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
13. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Chang Lih Kang
14. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Nancy Shukri
15. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Seri Salahuddin Ayub
16. Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi - Datuk Seri Azalina Othman
17. Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Nik Nazmi Nik Ahmad
18. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick
19. Menteri Luar Negeri - Datuk Seri Zambry Abdul Kadir
20. Menteri Pelancongan - Datuk Seri Tiong King Sing
21. Menteri Komunikasi dan Digital - Ahmad Fahmi Fadzil
22. Menteri Pendidikan - Fadhlina Sidek
23. Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago Dagang
24. Menteri Sumber Manusia - Sivakumar Varatharaju Naidu
25. Menterii Agama - Datuk Mohd Na'im Mokhtar
26. Menteri Belia dan Sukan - Hannah Yeoh
27. Menteri Kesihatan - Dr Zaliha Mustafa
28. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah & Sarawak) - Datuk Armizan Mohd Ali





PERBINCANGAN/MESYUARAT PROSPEK PROJEK UNIMEL (MELAKA), JERAM GADING (NEGERI SEMBILAN) DAN SULAMAN LAKE RESORT (SABAH)

2hb, Sani Hotel Kuala Lumpur.
Perbincangan antara ALK KoSium dan Koperasi Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia Berhad (KPPKMMB). Turut serta dalam perbincangan ialah Dato' Zainol, Dato' Malek, Datuk Noortaip, Tengku Shahdizan dan Tajol Ariffin. Perbincangan menjurus kepada prospek dan potensi projek dengan Unimel Kuala Sungai Baru Melaka, Sulaman Lake Resort, Tuaran Sabah dan Jeram Gading, Jelebu Negeri Sembilan. 
 

My Image

My Image

Mutu gambar kurang memuaskan kerana gambar ini diambil secara kandid ๐Ÿ˜Š

Sabtu, 26 November 2022

RAKAMAN UCAPAN TAHNIAH KEPADA PM KE 10 MALAYSIA

 

Seluruh barisan ALK KoSium dan AJK PPGBN9 merakam setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim di atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10

Biodata Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI)
Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH). Beliau telahpun mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada 24 November 2022 di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Dato' Seri Anwar Ibrahim merupakan anak jati Cherok Tu' Kun, Bukit Merajam Pulau Pinang dan merupakan calon PH bagi kerusi Parlimen P63 Tambun pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang lalu. Beliau telah memenangi kerusi tersebut dengan majoriti undi 3,736.

Bersekolah rendah di Bukit Mertajam Boys School, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, seterusnya memasuki Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966. Melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam pengajian Melayu (Sastera).

Seawal beliau dalam politik, beliau disebut-sebut sebagai ‘anak didik’ Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi kemudiannya tampil sebagai seorang pengkritik Tun Mahathir yang lantang bersuara.

Beliau pernah dilantik menjadi presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dari tahun 1968 hingga 1971.

Beliau merupakan pengasas bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada tahun 1971 dan dipilih sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM).

Anwar kali pertama dipenjara di Kamunting, Perak selama 20 bulan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terlibat dalam gerakan pelajar pada tahun 1974 selepas mengetuai demostrasi pelajar terhadap kemiskinan dan kelaparan di kawasan luar bandar.

Selepas keluar dari tirai besi, Anwar mengambil keputusan mengejut menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) diketuai Tun Mahathir selaku Perdana Menteri sejak 1981.

Terus melebarkan sayapnya dalam UMNO, kerjaya politiknya menjadi cemerlang dan setahun selepas sertai parti keramat itu, beliau dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1983.

Pada tahun 1984, Anwar mengetuai Kementerian Pertanian Malaysia sebelum menjadi Menteri Pendidikan pada tahun 1986. Ketika itu, Anwar berkemungkinan besar akan dilantik Timbalan Perdana Menteri setelah memegang portfolio Menteri Pendidikan.

Ternyata ramalan menjadi realiti, pada tahun 1993, Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri selepas dipilih sebagai Naib Presiden UMNO untuk menewaskan Tun Ghafar Baba yang diramal sebagai pengganti Tun Mahathir.

Setelah menjadi orang kedua terpenting dalam negara, hubungan Anwar dan Tun Mahathir menjadi rapat ibarat isi dan kuku, hubungan anak dan bapa.

Beliau juga pernah dilantik sebagai perdana menteri sementara ketika Tun Mahathir memutuskan untuk mengambil cuti selama dua bulan pada 1997.

Namun setelah itu, hubungan Anwar dan Tun Mahathir merosot akibat perbezaan pandangan semasa mentadbir negara.

Anwar juga semakin lantang bersuara mengkritik budaya nepotisma dan kronisma dalam UMNO sebagai punca utama rasuah dan penyalahgunaan bajet negara.

Anwar dipecat daripada UMNO dan kehilangan jawatan Timbalan Perdana Menteri pada September 1998, peristiwa yang mendorong kelahiran gerakan Reformasi di ibu kota dan seluruh negara.

Beliau dipenjara pada tahun 1999 atas kesalahan rasuah namun menjadi pengaruh besar kepada Barisan Alternatif (BA) dan selepasnya Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai Parti Keadilan Nasional (KEADILAN), Parti Islam Se-Malaysia (Pas) dan DAP.

Selepas 10 tahun tidak menceburi bidang politik, pada 29 November 2009, beliau kembali ke Parlimen sebagai tetamu menemani isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, wanita pertama mengetuai parti pembangkang.

Anwar menjadi anggota Parlimen selepas memenangi pilihan raya di Permatang Pauh pada Ogos 2008 selepas peletakan jawatan isterinya.

Anwar dipenjara sekali lagi pada 2015 selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh atas kes pelakuan seks luar tabii.

Kemudian selepas menerima pengampunan diraja dari Sultan Muhammad V, beliau dibebaskan dari penjara pada 16 Mei 2018, selepas PH menang PRU14 pada 9 Mei 2018.

Beliau seterusnya bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson 2018 dan menang besar dengan majoriti 23,560 undi. Anwar menewaskan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad yang bertanding atas tiket Bebas memperoleh 4,230 undi, manakala bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendapat 82 undi.

Tiga lagi calon Bebas, Stevie Chan Keng Leong memperoleh 337 undi, manakala Lau Seck Yan (214 undi) dan Kan Chee Yuen (154 undi).

Dalam pada itu, Anwar merupakan satu-satunya warga Malaysia yang pernah tersenarai dalam 100 orang yang dikatakan paling berpengaruh di dunia oleh majalah Time iaitu pada 2008

Mesyuarat ALK KoSium (Bil 2) dan AJK PPGBN9 (Bil 1)

25 sept, 2022. 
Mesyuarat ALK KoSium Bil 2 dan AJK PPGBN9 Bil 1. Turut hadir ialah pegawai SKM Pn Aisyah serta seorang bekas pegawai SKM Wilayah (juga bekas kakitangan Angkasa) Pn Norhayati. Antara agenda mesyuarat ialah kemaskini dokumentasi dan perbincangan halatuju KoSium dan PPGBN9. Beberapa projek yang masih dalam perangkaan dan projek yang telah dan sedang berjalan turut dibawa dalam mesyuarat untuk perbincangan.

Kesimpulan mesyuarat,  yang mendapat perhatian ALK KoSium ialah sasaran agar koperasi mempunyai sekurang-kurangnya 1 perniagaan teras menjelang 2023. Meskipun dalam rangka perniagaan 3 tahun koperasi telah dinyatakan beberapa perniagaan yang mempunyai prospek tinggi, namun sasaran awal ialah ALK mahukan satu perniagaan yang boleh dijalankan dengan kadar segera.

Pengerusi KoSium, Dato' Dr Zainol Ishak sependapat dengan timbalan pengerusi KoSium untuk meletakan sasaran tersebut sebagai keutamaan koperasi pada 2023. Perkara ini juga bukan boleh dilakukan secara individu tetapi as a team!

Justeru urusan dokumentasi harus diselesaikan secepat mungkin. Buku bank harus siap dalam tahun ini juga. Begitu juga beberapa perkara yang masih dalam status pending seperti pemutihan ahli, kemaskini akaun serta beberapa perkara berbangkit. 

My Image

My Image


My Image

My Image


My Image

My Image


My Image

My Image


My Image

My Image

Khamis, 24 November 2022

JERAM GADING - LAWATAN PENILAIAN

Pengerusi KoSium, Dato' Hj Zainol bersama Tengku Shahdizan meluangkan masa melawat Jeram Gading, sebuah tempat percutian yang ada potensi untuk dibangunkan. Jeram Gading yang terletak di Jelebu ini pernah dibawa ke dalam mesyuarat ALK dan telah dicadangkan agar KoSium berkerjasama dengan Majlis Daerah Jelebu, Pelancongan Negeri Sembilan dan NS Corp untuk menaiktaraf tempat percutian ini.

My Image

My Image

My Image

My Image


My Image

My Image

My Image

My Image


My Image

My Image

My Image

My Image


My Image

My Image

My Image

PENGURUSAN MESYUARAT LEMBAGA KOPERASI

Tarikh: 22-24 NOVEMBER 2022
Lokasi: IKMa Petaling Jaya

OBJEKTIF:
  • Memberi pendedahan berkaitan teknik-teknik untuk mengurus mesyuarat lembaga
  • Memberi kefahaman berkaitan prosedur dan kepentingan mesyuarat lembaga

FASILITATOR KURSUS:
PN. ROHALINDA AHAD (Penyelaras)
PN. HAJAR AZWIN MOHAMAD ASHI





Jumaat, 11 November 2022

JEMPUTAN KE TAKLIMAT GERAN BANTUAN PEMBANGUNAN DAN PROGRAM PELAN PEMULIHAN TABUNG MODAL PUSINGAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (TMPSKM) 2022

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA NEGERI SEMBILAN
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Dato’ Abdul Kadir,
70000 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-763 5551
Faks : 06-764 9467
Email : nsembilan@skm.gov.my

Ruj. Kami : SKM.NS.600-6/2/1 SK ( )
Tarikh : 4 November 2022

Pengerusi /Anggota Lembaga Koperasi (ALK) Koperasi- Koperasi Seperti Di Lampiran A
YBhg Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

JEMPUTAN KE TAKLIMAT GERAN BANTUAN PEMBANGUNAN DAN PROGRAM PELAN PEMULIHAN TABUNG MODAL PUSINGAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (TMPSKM) 2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sembilan (SKMNS) akan menganjurkan satu Taklimat Geran Bantuan dan Program Pelan Pemulihan bagi koperasi-koperasi yang mempunyai pembiayaan TMPSKM. Program ini akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 15 November 2022 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi – 2.00 petang
Tempat : Hall Kenanga, Sutera Hotel,
77 & 78, Persiaran S2/B2 Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

3. Sehubungan dengan itu, YBhg Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan selaku Pengerusi bersama barisan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) adalah dijemput hadir dalam program ini mengikut masa yang telah ditetapkan sebagaimana di atas. Kerjasama YBhg Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan adalah diharapkan untuk memberi maklumbalas kehadiran melalui borang pengesahan penyertaan seperti di Lampiran A atau di pautan Google Form (shorturl.at/bhoEM) sebelum atau pada 14 November 2022 (Isnin) untuk persediaan urusetia sewajarnya.

4. Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini bolehlah menghubungi Encik Akmal Rizal Bin Padzil di talian 019-950 6020. Kerjasama dan perhatian tuan/puan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030" “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,



s.k. 1. Pengarah

Bahagian Pembiayaan Dan Kawalan Kredit Suruhanjaya Koperasi Malaysia

2. Timbalan Pengarah SKM Negeri Sembilan
3. Pegawai-Pegawai SKM Wilayah :
i. Negeri
ii. Seremban/Jelebu
iii. Kuala Pilah/ Jempol
iv. Tampin/ Rembau
v. Port Dickson

My Image


My Image

My Image


My Image

My Image