30 September 2022, jam 3 petang, 4 ALK bersama Pengurus Kewangan KoSium melakukan kunjung hormat ke SKM Negeri Sembilan. Tujuan kunjungan tersebut adalah bagi merungkai beberapa masalah berbangkit yang menimpa koperasi sejak sekian lama terutama masalah yang membabitkan jumlah sebenar keanggotaan ahli koperasi yang sah/berdaftar.
Oleh kerana kini koperasi dalam proses penstrukturan semula, Ahli Lembaga Koperasi yang baru berpendapat masalah keahlian koperasi ini terutama status dan jumlah sebenar anggota perlu dirungkai secara tuntas.
Hasil perbincangan dengan pegawai SKM, KoSium dinasihatkan untuk melakukan pemutihan ahli melalui data sedia ada. SKM juga sependapat dengan ALK iaitu isu ini harus diberi keutamaan. Untungnya, pemutihan tersebut kini boleh dilakukan secara online. KoSium cuma perlu menunggu SKM memberikan akses (ID dan password) untuk melakukan kemaskini data.
Skop pemutihan yang dikehendaki oleh SKM termasuklah senarai ahli yang aktif, tidak aktif, telah meninggal termasuk yang tidak dapat dihubungi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan