Antara pembentangan bajet 2023 oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul
Dengan iltizam merancakkan lagi aktiviti perniagaan, SemarakNiaga 2023 ditambah baik dengan nilai keseluruhan berjumlah 45 bilion ringgit berbanding 40 bilion ringgit yang diumumkan bagi tahun 2022. Nilai ini merangkumi pinjaman langsung, pembiayaan alternatif dan jaminan pembiayaan.
Bagi tahun hadapan, sejumlah 1.7 bilion ringgit daripadanya tersedia sebagai dana pinjaman mikro dan kemudahan perniagaan untuk manfaat peniaga kecil. Antaranya termasuklah:
- Pertama: pinjaman mikro BSN dengan ketersediaan dana 950 juta ringgit. Ini termasuk 350 juta ringgit untuk Skim Penjaja Kecil Keluarga Malaysia dengan 150 juta ringgit dikhususkan untuk peniaga Bumiputera;
- Kedua: skim pinjaman kepada pengusaha kecil di bawah TEKUN khusus untuk Bumiputera, wanita, belia dan sektor tidak formal dengan peruntukan 300 juta ringgit;
- Ketiga: kemudahan pinjaman perniagaan khusus kepada kaum cina dengan ketersediaan dana 200 juta ringgit dan kadar faedah serendah 4 peratus;
- Keempat: kemudahan pinjaman mikro di bawah Skim Pembiayaan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) disediakan dana 25 juta ringgit. Selain itu, 100 juta ringgit juga disediakan di bawah MITRA antaranya bagi pembangunan usahawan kaum india; dan
- Kelima: program kewangan sosial iTEKAD disediakan 10 juta ringgit dan turut dipadankan bersama dana institusi kewangan melalui sumbangan zakat dan wakaf tunai.
Sumbangan koperasi dalam sejarah 100 tahun di Malaysia telah membantu ahlinya menyumbang kepada pembangunan negara. Tahun hadapan, 100 juta ringgit diperuntukkan untuk Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi menyediakan pembiayaan untuk membantu koperasi mengembangkan industri agromakanan. Usaha ini turut disokong Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi ke arah bekalan barangan makanan dan keperluan pengguna yang konsistendan pada harga yang lebih murah.
Untuk laporan penuh bajet 2023 sila klik teks berikut BAJET 2023
Tiada ulasan:
Catat Ulasan