PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG KOSIUM DAN PENJAJA.Seluruh barisan ALK KOSIUM dan AJK PPGBN9 merakam ucapan tahniah atas pelantikan YAB Dato' Seri Diraja Dr. Anwar bin Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10



Jumaat, 21 Oktober 2022

I(D)PA1204 : KURSUS PENYEDIAAN PENYATA KEWANGAN KOPERASI


Wakil KoSium, Pn Marsila telah menghadiri kursus kelolaan IKMa selama 5 hari bermula 17hb sehingga 21hb Okt, 2022. Kursus diadakan di audotorium Dato' Abdul Majid, IKMa Petaling Jaya. 

Keperluan bagi menghadiri kursus wajib I(D)PA1204 ini bagi memberi kefahaman kepada JAD untuk memudahkan mereka menyediakan penyata kewangan koperasi seterusnya mematuhi  Seksyen 59 (1) Akta Koperasi 1993 dan Peraturan 29(4) Peraturan-peraturan Koperasi 1995. Antara kandungan kursus termasuklah cara penyediaan  Akaun Perdagangan, Akaun Untung Rugi, Akaun Pembahagian Keuntungan dan Kunci Kira-Kira. Diharapkan Pn Marsila sudi berkongsi ilmu dengan KoSium dan anggotanya.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan