PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG KOSIUM DAN PENJAJA.Seluruh barisan ALK KOSIUM dan AJK PPGBN9 merakam ucapan tahniah atas pelantikan YAB Dato' Seri Diraja Dr. Anwar bin Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10



Rabu, 12 Oktober 2022

PANDUAN MEMOHON LESEN/SIJIL KEMENTERIAN KEWANGAN DAN TARAF BUMIPUTERA

MEMILIKI LESEN/SIJIL Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera memang menjadi impian kepada kebanyakan syarikat yang berurusan dengan kerajaan. Ketika saya mula-mula berniaga dulu, perkara pertama yang saya lakukan selepas mendapat lesen perniagaan dari SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia), ialah mendapatkan lesen KK (Kementerian Kewangan) dan Taraf Bumi. Biarpun dengan memiliki kesemua lesen-lesen berkenaan, ia bukanlah memberikan kita banyak kelebihan, sebab kita masih perlu bersaing untuk mendapatkan projek atau tender!. Bagaimanapun, jika kita tiada lesen KK tersebut, pintu untuk berniaga dengan Kerajaan hampir tertutup. Keperluan memiliki sijil KK dan Taraf Bumi ini masih relevan bagi mereka yang memang menumpukan perniagaan mereka dengan Kerajaan. Jadi tidak rugi juga jika anda memohon melainkan tumpuan perniagaan anda adalah kepada swasta. 

Selaras dengan Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61) dan Arahan Perbendaharaan (AP) 166.1, 166.2(i), 166.2(ix), 166.2(x), 184.2, 184.3 serta. Pekeliling Perbendaharaan PP/PK5 dan PP/PK8, semua syarikat yang ingin berurusniaga dengan Kerajaan hendaklah berdaftar dengan MoF.

Seawal tahun 2000, permohonan untuk mendapatkan lesen KK dan Taraf Bumi bagi saya agak mudah bahkan boleh saya katakan, sebagai peniaga Bumiputera dan memiliki perniagaan bertaraf 100% Bumiputera, apabila permohonan kita lulus sahaja, Taraf Bumi itu sinonim kita dapat sekali. Kita juga masih boleh mendapatkan lesen-lesen tersebut biarpun alamat operasi syarikat di rumah! 

Bagaimanapun, kini permohonan untuk mendapatkan lesen KK dan Taraf Bumi itu agak rumit setelah beberapa syarat tambahan/diperketatkan dikenakan. Untuk melihat syarat-syarat terkini, boleh klik link berwarna biru di bawah. 

Panduan ini secara keseluruhannya menerangkan dasar dan tatacara permohonan pendaftaran Syarikat dan Firma Perunding dengan Kementerian Kewangan (MOF) selaras dengan pelaksanaan Sistem ePerolehan mulai 1 Januari 2018 yang mengandungi panduan pendaftaran serta senarai kod bidang pendaftaran seperti berikut:

1. SYARAT-SYARAT MEMOHON LESEN KEMENTERIAN KEWANGAN

Berikut panduan untuk mendapatkan no kod-kod Bidang (Pastikan kod bidang yang dipilih selari dengan jenis perniagaan yang didaftarkan di SSM)

2 SENARAI KOD BIDANG PENDAFTARAN

Diingatkan juga, ada beberapa kod bidang yang dipohon memerlukan syarat tambahan. Contohnya bagi kod bidang 330104 (Kejuruteraan Mekanikal). Pemohon perlu mempunyai kelayakan akademik dan professional seperti berikut: 

  • i) Sekurang-kurangnya Ijazah dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal atau setara. 
  • ii) Sekurang-kurangnya seorang pemilik berdaftar sebagai professional di bawah Akta Jurutera. 
  • iii) Berdaftar sebagai perunding kejuruteraan awam di bawah LembagaJurutera Malaysia dan pendaftaran masih sah. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan