PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG KOSIUM DAN PENJAJA.Seluruh barisan ALK KOSIUM dan AJK PPGBN9 merakam ucapan tahniah atas pelantikan YAB Dato' Seri Diraja Dr. Anwar bin Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10



Rabu, 26 Oktober 2022

PROGRAM PEMERKASAAN AKAUN KOPERASI

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA NEGERI SEMBILAN

Tingkat 5, Wisma Persekutuan,

Jalan Dato’ Abdul Kadir

Tel : 06-763 5551

Faks : 06-764 9467

Ruj. Kami : SKM.NS.600-5/1/2/ SK.6(7)

Tarikh : 25 Oktober 2022

Pengerusi Koperasi,

Dato’/Datin/Tuan/Puan,

 

PROGRAM PEMERKASAAN AKAUN KOPERASI

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 

2.  Sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Cawangan Negeri Sembilan akan mengadakan program pemerkasaan akaun kepada koperasi-koperasi baru didaftarkan dan juga yang menghadapi masalah perakaunan pada tarikh dan tempat seperti berikut :-

  • Tarikh : 14-15 November 2022 (Isnin hingga Selasa)
  • Tempat : Sutera Hotel,
  • Aras G, Dewan Angsana,
  • 77 & 78, Persiaran S2/B2,
  • Seremban 2,
  • 70300 Seremban,
  • Negeri Sembilan. 
  • Masa : 8.00 am hingga 5.00 pm

3. Sehubungan dengan itu, kami dengan hormatnya menjemput bendahari atau kakitangan koperasi tuan untuk menghadiri program tersebut. Untuk makluman pihak tuan juga, caj kepada setiap peserta akan dikenakan hanyalah sebanyak RM30 bagi setiap peserta. Kaedah pembayaran bagi caj program pemerkasaan akaun ini adalah melalui wang pos, bank draf dan cek koperasi sahaja manakala bayaran secara tunai adalah tidak diterima.

Bersama-sama ini dilampirkan Aturcara Program seperti di Lampiran A dan Borang Pengesahan Kehadiran seperti di Lampiran B untuk tindakan pihak tuan. Sila kembalikan Borang Pengesahan Kehadiran bersama-sama dengan bayaran caj program pemerkasaan akaun dalam tempoh 7 hari bekerja mulai daripada Tarikh surat ini. Resit bayaran akan diserahkan kepada peserta semasa program pemerkasaan akaun berlangsung atau selepas program selesai.

4. Pihak tuan juga diminta membawa bersama semua buku-buku dan rekod-rekod perakaunan koperasi, laptop, kalkulator dan juga apa-apa dokumen berkaitan kewangan untuk kegunaan semasa program pemerkasaan akaun nanti. Untuk makluman pihak tuan juga, tempat penginapan adalah tidak disediakan. Sila maklumkan kepada kami, sekiranya memerlukan Surat Sokongan Cuti Tanpa Rekod untuk menghadiri program pemerkasaan akaun tersebut.

5.  Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan pegawai kami di Bahagian Audit Koperasi SKM Cawangan Wilayah Negeri, Seremban/Jelebu dan Bahagian Audit (06-7635551), Wilayah Tampin/Rembau (06-4421500), Wilayah Kuala Pilah/Jempol (06-4821257) dan Wilayah Port Dickson (012-2111504).


Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,




 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan