Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Dato’ Abdul Kadir,
70000 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-763 5551
Faks : 06-764 9467
Email : nsembilan@skm.gov.my
Ruj. Kami : SKM.NS.600-6/2/1 SK ( )
Tarikh : 4 November 2022
Pengerusi /Anggota Lembaga Koperasi (ALK) Koperasi- Koperasi Seperti Di Lampiran A
YBhg Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,
JEMPUTAN KE TAKLIMAT GERAN BANTUAN PEMBANGUNAN DAN PROGRAM PELAN PEMULIHAN TABUNG MODAL PUSINGAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (TMPSKM) 2022
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sembilan (SKMNS) akan menganjurkan satu Taklimat Geran Bantuan dan Program Pelan Pemulihan bagi koperasi-koperasi yang mempunyai pembiayaan TMPSKM. Program ini akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 15 November 2022 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi – 2.00 petang
Tempat : Hall Kenanga, Sutera Hotel,
77 & 78, Persiaran S2/B2 Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
3. Sehubungan dengan itu, YBhg Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan selaku Pengerusi bersama barisan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) adalah dijemput hadir dalam program ini mengikut masa yang telah ditetapkan sebagaimana di atas. Kerjasama YBhg Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan adalah diharapkan untuk memberi maklumbalas kehadiran melalui borang pengesahan penyertaan seperti di Lampiran A atau di pautan Google Form (shorturl.at/bhoEM) sebelum atau pada 14 November 2022 (Isnin) untuk persediaan urusetia sewajarnya.
4. Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini bolehlah menghubungi Encik Akmal Rizal Bin Padzil di talian 019-950 6020. Kerjasama dan perhatian tuan/puan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030" “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,

s.k. 1. Pengarah
Bahagian Pembiayaan Dan Kawalan Kredit Suruhanjaya Koperasi Malaysia
2. Timbalan Pengarah SKM Negeri Sembilan
3. Pegawai-Pegawai SKM Wilayah :
i. Negeri
ii. Seremban/Jelebu
iii. Kuala Pilah/ Jempol
iv. Tampin/ Rembau
v. Port Dickson
![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan