PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG KOSIUM DAN PENJAJA.Seluruh barisan ALK KOSIUM dan AJK PPGBN9 merakam ucapan tahniah atas pelantikan YAB Dato' Seri Diraja Dr. Anwar bin Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10



Khamis, 22 Disember 2022

Konvensyen Penjaja dan Peniaga Kecil 2022 Peringkat Kebangsaan

PUTRAJAYA: Setiap projek pembangunan perlu menyediakan infrastruktur untuk penjaja dan peniaga kecil berniaga, bukan semata-mata mengutamakan perniagaan besar, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, bandar raya seperti Kuala Lumpur bukan saja seharusnya menyediakan kemudahan bagi syarikat dan industri besar, sebaliknya ia juga perlu menyertakan kemudahan bagi memacu ekonomi penjaja dan peniaga kecil yang turut mewakili golongan berpendapatan rendah.

Beliau berkata, perkara itu harus juga dibantu oleh setiap kementerian dalam Kerajaan Perpaduan untuk menjadikan pentadbirannya benar-benar merakyatkan ekonomi.

Katanya, beliau memilih program bersama penjaja dan peniaga kecil sebagai acara rasmi pertamanya, sebagai memberi gambaran bahawa fokus Kerajaan Perpaduan untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan keutamaan kepada mencatat pembangunan kemajuan.

Bagaimanapun, beliau mahu kemajuan itu mestilah memberi manfaat kepada sebilangan besar rakyat yang berpendapatan rendah.

"Pagi tadi saya di Kementerian Wilayah Persekutuan (yang kini distruktur kepada Jabatan Wilayah Persekutuan), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), antara matlamat utama saya kita harus adakan anjakan dan ini terpakai juga untuk kementerian.

"Apa dia anjakan (itu)? Bahawa keindahan bandar raya Kuala Lumpur misalnya mesti disertakan dengan upaya (usaha) berlebihan (untuk) menyediakan tempat perniagaan bagi penjaja dan peniaga kecil seluruh Kuala Lumpur.

"Kota harus indah dan bersih, bukan saja untuk gedung pencakar langit dan juga untuk bank dan perniagaan besar, (ia) mesti diselitkan dengan menyediakan kemudahan kepada peniaga di mana saja lorong, tempat awam yang memungkinkan mereka berniaga dengan selesa dengan kemudahan asas yang cukup," katanya ketika Merasmikan Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan