PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG KOSIUM DAN PENJAJA.Seluruh barisan ALK KOSIUM dan AJK PPGBN9 merakam ucapan tahniah atas pelantikan YAB Dato' Seri Diraja Dr. Anwar bin Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10



Ahad, 18 September 2022

Federasi Koperasi Perkasa Koperasi Enam Sektor Ekonomi

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar

KUALA LUMPUR: Pertubuhan enam federasi (gabungan) koperasi berperanan memperkasa pergerakan koperasi yang giat menjalankan aktiviti di bawah enam sektor ekonomi

Sektor terbabit adalah pemborongan dan peruncitan; pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan; perkhidmatan kewangan; perladangan; hartanah dan industri pembinaan serta pertanian dan industri asas tani.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar, berkata koperasi dilihat penting dalam membangunkan sosioekonomi masyarakat terutama dalam membantu menangani isu kos sara hidup rakyat.

"Menyedari kepentingan sektor koperasi untuk membangunkan sosioekonomi dan masyarakat dalam membantu menangani isu kos sara hidup rakyat, kerajaan bersetuju federasi koperasi peladangan diberi kemudahan untuk memohon pengambilan pekerja asing.

"Selain itu, federasi koperasi pemborongan dan peruncitan melaksanakan Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi (SCOPE) sebagai usaha untuk memastikan bekalan barangan keperluan pengguna dapat dibekalkan secara konsisten dengan harga yang lebih murah," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Juhanis Abd Aziz, mengenai mekanisme yang dilaksanakan dalam usaha meningkatkan peranan sektor koperasi untuk menjadi antara pemacu ekonomi negara.

Noh berkata, sebanyak RM100 juta diperuntukkan kepada federasi koperasi pertanian dan industri asas tani di bawah Tabung Modal Pusingan, di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi membantu koperasi mengembangkan industri agromakanan.

Selain itu, beliau berkata, terdapat sebanyak 14,834 koperasi didaftarkan dengan keanggotaan seramai 7.08 juta orang sehingga 31 Disember, 2021.

Katanya, jumlah modal syer atau yuran koperasi mencatatkan RM16.54 bilion dan jumlah aset koperasi pula RM154.98 bilion.

Beliau berkata, sumbangan perolehan koperasi kepada pendapatan negara pula adalah berjumlah RM37.89 bilion. - 

Kredit kepada : BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan