1. KRONOLOGI PERSATUAN
PERSATUAN PENJAJA-PENJAJA DAN PENIAGA-PENIAGA KECIL MELAYU GENERASI BAHARU NEGERI SEMBILAN (PPPKMGBNS) lahir setelah Persatuan Penjaja-penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Negeri Sembilan (PPPKMNS) gagal diselamatkan. Persatuan lama (PPPKMNS) yang didaftarkan pada 2 nov, 1973 itu terkubur ekoran terjadi konflik dalaman sebaik berakhir sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia peringkat Kebangsaan yang diadakan di Dataran Senawang (18 – 20 Januari, 2014). PPPKMNS dibatalkan secara sah pada 1 Nov, 2016 iaitu kira-kira 2 tahun selepas sambutan Hari Penjaja.
Pada 28, Jan 2022 satu Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Penaja telah diadakan untuk menubuhkan sebuah persatuan bagi membantu dan memayungi penjaja dan peniaga kecil Melayu Negeri Sembilan. Perdaftaran telah dibuat melalui sesawang eRoses pada 2 feb, 2022. Pada mulanya nama persatuan yang dicadangkan ialah Persatuan Penjaja-Penjaja Dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Negeri Sembilan (baru). Bagaimanapun status pendaftaran ini dikuari oleh eRoses pada 24 Mac, 2022. Antara kuari yang dinyatakan ialah nama yang dipohon telah banyak digunakan. Syarat ahli juga perlu jelas dan selaras dengan nama.
Meskipun pindaan telah dibuat termasuk meminda perlembagaan, eRoses tetap mengarahkan nama persatuan ditukar. Akhirnya setelah pertemuan dengan YB Dato Dr. Mohamad Rafie Bin Ab. Malek, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan Dan Modal Insan; pada 13 April, 2022, YB sendiri menasihatkan nama persatuan diubah maka persatuan akur.
Akhirnya nama yang dicadangkan
iaitu Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Generasi
Baharu Negeri Sembilan telah diluluskan oleh ROS pada 28 Apr 22.
2. KRONOLOGI KOPERASI
Koperasi Usahawan Melayu Negeri Sembilan Berhad (KUMNSB) adalah koperasi yang asalnya di bawah tajaan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Sembilan (PPPKMNS). KUMNSB ditubuhkan lewat 12hb oktober, 2010 sebagai salah satu strategi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Sembilan untuk menambah pendapatan ahli-ahli Persatuan. Setelah PPPKMNS terbatal pendaftarannya, KUMNSB duduk di bawah persatuan baharu iaitu Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Negeri Sembilan (PPGBN9).
Barisan Ahli Lembaga Koperasi (ALK) pada mulanya adalah seramai 13 (ALK terkini adalah 9 orang untuk sesi 2022-3023) orang terdiri dari mereka yang mempunyai pelbagai pengalaman dalam pelbagai bidang seperti peruncitan, pemasaran produk, hospitaliti, kontraktor, pelancongan, pemborongan dan pentadbiran. Rata-rata barisan ALK koperasi ini mempunyai lebih 10 tahun pengalaman dalam pelbagai bidang perniagaan.
Biarpun usia
koperasi ini masih dianggap mentah, namun bersandarkan pengalaman barisan ALK yang
mentadbir koperasi, adalah dijangkakan koperasi akan berjaya menjadi salah
sebuah koperasi yang disegani dan berdaya maju. Melalui Pindaan Undang-undang
Kecilnya, kini sasaran ahli koperasi bukan sahaja terdiri dari ahli-ahli Persatuan
Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Negeri Sembilan (PPGBN9) tetapi
juga terbuka kepada para peniaga dan usahawan Melayu di Negeri Sembilan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan