PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG KOSIUM DAN PENJAJA.Seluruh barisan ALK KOSIUM dan AJK PPGBN9 merakam ucapan tahniah atas pelantikan YAB Dato' Seri Diraja Dr. Anwar bin Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10



Khamis, 22 September 2022

Institut Koperasi Malaysia


KUALA TERENGGANU – Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) yang dikendalikan Institut Koperasi Malaysia (Ikma) dijangka mula mengambil kemasukan pelajarnya sulung selewat-lewatnya bulan Disember depan.

Pengerusi Ikma, Datuk Dr. Rosli Mat Hassan berkata, buat permulaan, pengambilan pertama pelajar dijangka melibatkan 500 orang dalam pelbagai bidang pengajian pada peringkat Diploma hingga Ijazah Doktor Falsafah.

Menurutnya, fokus pengajian universiti itu berkaitan pengurusan koperasi, perdagangan dan perniagaan selaras usaha Ikma untuk memartabatkan industri koperasi di negara ini.

“Kita masih dalam proses untuk mendapatkan kelulusan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

“Universiti ini apabila beroperasi kelak disasar melahirkan lebih ramai usahawan dan pemimpin pelapis baharu yang kompeten dan berkarisma dalam bidang koperasi sekali gus merancakkan lagi industri koperasi negara setanding dengan antarabangsa,” katanya selepas merasmikan cawangan baharu Ikma Kuala Terengganu di Wisma Kokitab di sini semalam.

Rosli berkata, kewujudan pejabat cawangan baharu itu akan memberi manfaat kepada hampir 250,000 anggota dari 800 koperasi di seluruh Terengganu.

“Pejabat Ikma ini akan menjadi pusat melatih, mengurus dan mendidik pengendali koperasi-koperasi bagi mengembangkan lagi operasi perniagaan mereka agar mampu menjana pendapatan yang lumayan untuk manfaat ahlinya,” katanya.

Kredit kepada KOSMO! ONLINE


Tiada ulasan:

Catat Ulasan