PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG KOSIUM DAN PENJAJA.Seluruh barisan ALK KOSIUM dan AJK PPGBN9 merakam ucapan tahniah atas pelantikan YAB Dato' Seri Diraja Dr. Anwar bin Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10



Isnin, 26 September 2022

Kursus Wajib 2 IKMa (Hotel Casuarina)

4 orang ALK Koperasi Usahawan Melayu Negeri Sembilan Berhad (KoSium) menghadiri Kursus Wajib 2 anjuran IKMa di Hotel Casuarina, Meru, Ipoh. ALK yang terlibat diketuai oleh Pengerusi KoSium sendiri, Dato' Hj Zainol Ishak bersama En Khairul Fahmi, Pn Marsila dan Pn Norizam. 

Kursus selama 2 hari itu bertujuan memantapkan ilmu koperasi kepada ALK terutama berkaitan pengurusan kewangan koperasi. 

Kursus Wajib 2 - Pengurusan Kewangan Koperasi merupakan pengetahuan asas berkaitan hal-hal berkaitan pengurusan kewangan koperasi dengan objektif seperti berikut: Memberi kefahaman terhadap kaedah bagi menilai prestasi koperasi dan mengurus modal kerja koperasi dengan berkesan.

Isi Kandungan Kursus

  1. Pengenalan.
  2. Sistem Perakaunan Koperasi.
  3. Memahami Penyata Kewangan Koperasi.
  4. Menilai Prestasi Koperasi.
  5. Pengurusan Risiko dan Sistem Kawalan Dalaman Koperasi.
  6. Pengurusan Modal Kerja Koperasi.
Untuk permohonan kursus-kursus lain anjuran IKMa boleh melayari laman sesawang berikut Kursus IKMa

PAUTAN 1 (Sila klik gambar untuk maklumat lanjut)


PAUTAN 2 (Sila klik gambar untuk maklumat lanjut)


Gambar-gambar sekitar kursus.
My Image


My Image

My Image


My Image

My Image


My Image

My Image



My Image

My Image

My Image

Tiada ulasan:

Catat Ulasan