Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sembilan (SKM)
Wisma Persekutuan
Tingkat 5, Jalan Dato’ Abdul Kadir
70000 Seremban
T: 067635551
Untuk Perhatian:
1) Pengarah SKM NS
2) Pn. Nurul Aisya Bt Yahaya, Penyeliaan Koperasi NS (019-2898565) (n_aisya@skm.gov.my)
En. Zaid Bin Abu Bakar/En. Azri bin Adam/Pn. Nurul Aisya Bt Yahaya
PERMOHONAN MENGADAKAN PERJUMPAAN DIANTARA KOPERASI USAHAWAN MELAYU NEGERI SEMBILAN BERHAD (KUMNSB) DENGAN SKM NS PADA 30 SEPTEMBER 2022; DAN MENGHANTAR MAKLUMAT PROFIL ANGGOTA KOPERASI, AHLI LEMBAGA KOPERASI DAN JURUAUDIT DALAMAN
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Bersama-sama ini dilampirkan profil anggota Koperasi Usahawan Melayu Negeri Sembilan Berhad (KUMNSB), Ahli Lembaga dan Juruadit Dalaman. Untuk perhatian puan kami telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke Lapan pada 4 September 2022 (Ahad) yang lalu.
3. Untuk maklumat puan kami masih dalam proses mengemaskini maklumat koperasi. Setiausaha mengambil alih jawatan yang dikosongkan oleh Setiausaha yang lalu pada awal Jun 2022. Koperasi ini telah didaftarkan pada 12 Oktober 2002 dan telah diterajui oleh beberapa Lembaga sepanjang tempoh tersebut. Pemegang jawatan yang sebelum ini kurang terlatih dalam sistem pengurusan pejabat dan teknologi maklumat oleh itu dokumen-dokmen penting telah hilang. Kematian Pengerusi, Bendahari dan Setiausaha yang lalu menyukarkan lagi pencarian tersebut. Tambahan pula dokumen yang kami jangkakan dapat dari Lembaga, telah tenggelam dalam banjir.
4. Kami amat berharap dapat mengadakan berjumpa dengan Pengarah SKM serta Penyelia Koperasi untuk membincang dan membantu kami dalam hal-hal berkaitan seperti butiran dibawah:
Tarikh | 30 September 2022 (Jumaat) |
Masa | 3:00 petang |
Jumlah ALK hadir | Sembilan (anggaran) |
Butiran perbincangan |
|
4.1 | Penerangan dan perbincangan jumlah anggota 300 lebih mengapa dan bagaimana berlaku |
4.2 | Pindaan Undang-Undang Kecil |
4.3 | Sistem Profil Anggota Koperasi (eSISPRO) |
4.4 | Sistem E-Daftar Online |
4.5 | Sistem Pengurusan Maklumat Kewangan Koperasi SKM |
4.6 | Hal-hal lain |
5. Besarlah harapan kami perjumpaan dan perbincangan tersebut dapat diadakan oleh pihak SKM bagi membantu kami memperbetulkan dan memulihkan koperasi ini. Segala kerjasama dan tunjuk akar dari pihak SKM amat kami hargai dan diucapkan dengan jutaan terima kasih.
Sekian.
Yang Benar
Norizam Binti Abdul Rahman
Setiausaha
Koperasi Usahawan Melayu Negeri Sembilan Berhad
M: 0173077716
SK:
Dato’ Dr Hj Zainol Bin Ishak
Pengerusi KUMNSB
Tiada ulasan:
Catat Ulasan