25 sept, 2022.
Mesyuarat ALK KoSium Bil 2 dan AJK PPGBN9 Bil 1. Turut hadir ialah pegawai SKM Pn Aisyah serta seorang bekas pegawai SKM Wilayah (juga bekas kakitangan Angkasa) Pn Norhayati. Antara agenda mesyuarat ialah kemaskini dokumentasi dan perbincangan halatuju KoSium dan PPGBN9. Beberapa projek yang masih dalam perangkaan dan projek yang telah dan sedang berjalan turut dibawa dalam mesyuarat untuk perbincangan.
Kesimpulan mesyuarat, yang mendapat perhatian ALK KoSium ialah sasaran agar koperasi mempunyai sekurang-kurangnya 1 perniagaan teras menjelang 2023. Meskipun dalam rangka perniagaan 3 tahun koperasi telah dinyatakan beberapa perniagaan yang mempunyai prospek tinggi, namun sasaran awal ialah ALK mahukan satu perniagaan yang boleh dijalankan dengan kadar segera.
Pengerusi KoSium, Dato' Dr Zainol Ishak sependapat dengan timbalan pengerusi KoSium untuk meletakan sasaran tersebut sebagai keutamaan koperasi pada 2023. Perkara ini juga bukan boleh dilakukan secara individu tetapi as a team!
Justeru urusan dokumentasi harus diselesaikan secepat mungkin. Buku bank harus siap dalam tahun ini juga. Begitu juga beberapa perkara yang masih dalam status pending seperti pemutihan ahli, kemaskini akaun serta beberapa perkara berbangkit.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan