PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG KOSIUM DAN PENJAJA.Seluruh barisan ALK KOSIUM dan AJK PPGBN9 merakam ucapan tahniah atas pelantikan YAB Dato' Seri Diraja Dr. Anwar bin Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10



Jumaat, 23 September 2022

PANDUAN PENUBUHAN DAN MENDAFTAR KOPERASI



PANDUAN PENUBUHAN KOPERASI

Langkah-langkah yang perlu diambil sebelum memohon pendaftaran koperasi:

1. Menghubungi pejabat SKM  

  Permohonan untuk menubuhkan koperasi hendaklah dikemukakan kepada Pengarah SKM Negeri melalui pejabat SKM Wilayah/Daerah. Borang permohonan boleh diperoleh daripada pejabat SKM/Wilayah atau dimuat turun dari laman web SKM. Permohonan juga boleh dikemukakan secara atas talian melalui Sistem Aplikasi Atas Talian SKM.   

2. Mengemukakan permohonan untuk menubuhkan koperasi

  Borang permohonan yang telah dilengkapkan perlu dikemukakan kepada pejabat SKM Negeri untuk mendapatkan kebenaran penubuhan.   

3. Membentuk sebuah Jawatankuasa Penaja

  Selepas mendapat kelulusan Pengarah SKM Negeri, sebuah Jawatankuasa Penaja seramai sekurang-sekurangnya tiga orang hendaklah dibentuk.

Di antara fungsi Jawatankuasa Penaja adalah:  

  i. Mengenalpasti aktiviti utama keperluan bersama anggota.  

  ii. Menyediakan Undang-undang Kecil koperasi dengan mengikut contoh undang-undang kecil seragam yang disediakan oleh SKM dengan kesesuaian yang diperlukan.   

  iii. Menyediakan aturan-aturan kegiatan yang termasuk dalam objektif penubuhan koperasi.  

  iv. Mendaftarkan bakal anggota dalam satu daftar dengan memasukkan nama, umur, nombor kad pengenalan, pekerjaan dan alamat masing-masing. Jawatankuasa Penaja hendaklah memastikan sekurang-kurangnya lima puluh orang telah mendaftarkan diri untuk menjadi anggota sebelum mesyuarat agung permulaan ditetapkan  

  v. Mengatur sesi penerangan kepada bakal anggota koperasi oleh pejabat SKM.  

4. Mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan

  Selepas sesi penerangan, Jawatankuasa penaja hendaklah menetapkan satu tarikh bagi mengadakan mesyuarat agung permulaan koperasi.


PANDUAN MENDAFTARKAN KOPERASI

Mengikut Seksyen 6, Akta Koperasi 1993, dokumen-dokumen pendaftaran adalah seperti berikut:

1. Borang Permohonan Pendaftaran Koperasi

2. Undang-undang kecil Koperasi

3. Minit Mesyuarat Agung Permulaan




Tiada ulasan:

Catat Ulasan